Bila ada bayi, mak-mak kita selalu pesan supaya jaga anak elok-elok, jangan lupa sapu minyak angin di perutnya, masa dalam pantang pakai barut dan tuamkan dengan sireh yang dilayurkan. Semuanya petua untuk mengelakkan bayi baru lahir daripada kena kembung perut atau masalah angin. Jangan main-main masalah kembung perut di kalangan bayi!

Ia boleh menyebabkan si comel menangis tanpa henti dan tak boleh lena tidur. Papa dan mama sekali tak boleh tidur malam ya! Oleh itu pentingnya bakal papa dan mama mendapatkan info tentang masalah kembung perut bayi dan bagaimana cara terbaik mengatasinya. Jangan nanti bila bayi menangis tengah malam sebab kembung perut, mama yang tengah berpantang pun menangis sama sebab stres. Papa pula kelam-kabut dan panik tak tahu nak buat apa.

Kembung Perut (COLIC)

Apa itu kembung perut (Colic)?

Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut.Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:

Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.

Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3-4 bulan.

Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?
Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :

1. Usus :

  • Alah kepada protein susu lembu.
  • Alah kepada laktosa.
  • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan “angin” yang berlebihan.
  • Ketidakselesaan disebabkan “angin”.

2. Biologi :
Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut

3. Psikososial
Ibu bapa yang tertekan.

4. Lain-lain
Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

Teknik urutan bayi

Secara umumnya, urutan pada perut bayi membantu menyingkirkan angin jika bayi menghidap kembung perut dan melegakan sembelit.

Urutan bayi adalah pengetahuan berguna yang perlu dipelajari oleh setiap ibu bapa demi kebaikan bayi dan keluarga secara keseluruhan.

Ikatan peribadi dan emosi yang terjalin ketika proses urutan menjadi asas kepada hubungan erat antara mereka pada masa hadapan.

Sebelum memulakan urutan, pastikan bayi diletakkan di bawah cahaya yang suram dengan suhu yang tidak terlalu sejuk. Ibu perlu menghangatkan minyak dengan menggosokkan kedua-dua belah tapak tangan agar suhunya sama seperti suhu badan, dan letakkan tangan pada bayi secara perlahan-lahan supaya bayi tidak terkejut dan menolak urutan.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk membantu anda melegakan perut bayi yang kembung :

URUTAN UNTUK MELEGAKAN PERUT KEMBUNG BAYI yang dinamakan URUTAN I LOVE YOU sepertimana yang yang tertera di bawah ini:

  • Langkah pertama, ‘I’ mewakili tapak tangan anda pada bahagian kanan abdomen bayi dengan menggerakkan ke bawah sebanyak sekali dalam pergerakan huruf ‘I’.
  • Kemudian disusuli dengan huruf ‘L’ , iaitu tapak tangan diletakkan pada perut bayi dan digerakkan dengan lembut melintang ke kanan dan menegak ke bawah dalam pergerakan ke dalam dan keluar membentuk seakan-akan huruf ‘L’.
  • Untuk ‘U’pula, pergerakan seperti huruf ‘U’ terbalik, bermula dari usus kecil dalam arah keluar. Pergerakan ‘I’, L’ hingga ke ‘U’ membantu menghasilkan pergerakan yang membantu bayi membuang air besar.

Mesti ada yang berfikir, “Eh mak budak ni tak burpkan anak ke lepas breastfeeding?” Oh siapa yang berfikir begitu, anda sungguh silap.

Namun, newborn memang tidak lepas dari kembung perut ni. Jadi ia bukanlah sesuatu yang aneh. Cuma kita perlu cari punca dan cara mengatasinya.

Dan harus di ingat, NO GRIPE WATER ke apa-apa yang berbentuk makanan atau minuman. Baby di bawah 6 bulan TIDAK BOLEH diberi makan atau minum selain dari SUSU IBU.

Ok kesimpulannya, ada beberapa cara untuk mengatasi/ mengurangkan masalah kembung perut:

  1. Membuat urutan sendiri contohnya urutan I Love You, Bicycling, Tiger in the tree. Boleh search di You Tube
  2. Boleh memanggil tukang urut yang berkaliber untuk mengurut baby.
  3. Pastikan baby latch dengan sempurna semasa proses breastfeeding
  4. Selepas proses penyusuan, tak kira secara direct feed ataupon botol susu, pastikan anda burpkan baby
  5. Sekiranya baby anda minum susu formula, kembung perut boleh disebabkan oleh ketidakserasian baby kepada susu tersebut. Jadi boleh cuba untuk tukar ke susu yang lain
  6. Setiap kali lepas mandi, sebelum tidur malam, pastikan anda membuat urutan sedikit kepada bayi.

Krim Herbal Blend Melegakan Kembung Perut Bayi – Minyak Urut Semulajadi Yang Tak Berminyak

Krim Herbal Blend ini telah diuji secara klinikal selama bertahun tahun oleh Shaklee. Ia mempunyai rasa berangin kerana terdapat kandungan menthol. Ia sangat memberikan kelegaan dan rasa nyaman kepada bayi yang mengalami kembung perut.

Krim yang memberikan kesan penyejukan, mengandungi menthol dan diperkaya dengan ekstrak semula jadi, termasuk rosemary, chamomile, minyak jagung, dan salvia untuk menyuburkan kulit. Formula yang langsung tak berminyak menjadikan kulit lembut dan segar.

Bahan Utama dalam Herbal Blend Adalah;

  1. Rosemary (Rosmarinus officinalis)
  2. Chamomile
  3. Sage (Salvia Officinalis)
  4. Horse Chestnut (Aesculus Hippocastanum)
  5. Yarrow (Achillea Millefolium)

Kandungannya ialah 113g jauh lebih banyak daripada krim komersil yang hanya mempunyai berat 10g-15g sahaja. Harganya jauh murah jika diakira pada kuantiti krim ini dan paling penting mujarab untuk menangani masalah bayi kembung perut.

Hentikan ketidakselesaan bayi anda dengan krim Herbal Blend ini.

Bila dah ada anak ni, banyak perkara kita belajar, dan kita akan sentiasa nak bereksperimen. Tak sesuai dengan anak, kita tukar yang lain sampailah jumpa yang serasi dan elok untuk anak.

Semoga bermanfaat!

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Apa Nak Buat Kalau Perut Bayi Kembung?

6 thoughts on “Apa Nak Buat Kalau Perut Bayi Kembung?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.