07
- February
2018
Posted By : noriza rahman
Apa MILK BOOSTER untuk TAMBAH SUSU IBU yang terbukti berkesan?

Sepanjang berpantang ni, fokus MV memang perbanyakkan susu badan je sebab memang dah nekad nak susukan baby Ayra sampai umur dia 2 tahun kalau diizinkan. InsyaAllah.

Ibu yang menyusu selalu rasa bimbang susu badan mereka tak cukup buat si manja. Tapi dengan petua yang MV amalkan untuk menambahkan susu badan ini, ibu kat luar sana tak perlu risau lagi!

MV nak kongsikan milk booster semulajadi yang MV dah cuba okay?

Air rebusan kurma merah dan longan kering

  • Longan Kering – segenggam
  • Kurma Merah (red dates) – segenggam
  • Air 1 periuk

Untuk milk booster ni rasanya sedap sangat. Macam air laichee kang gitu. Ada yang letak buah goji. Tapi MV tak letak. Selalu MV buat untuk bekalan sehari saja. Air pun ikut suka MV nak letak banyak mana.

Cara masaknya senang ja, hanya cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.

image google

Susu farm fresh. MV suka sangat minum susu ni since mengandung lagi. So, susah sangat nak jumpa kurma yang asli jadi minum susu ni pun dapat manfaat kurma juga.

Sup Lobak putih ni MV baru amalkan masa berpantang ni. Sup ni boleh bantu banyakkan susu. Memang rasa agak lain dari sayur lobak merah tapi serius sedap juga tau.

Kerap kosongkan payudara dengan mengepam. Selepas beberapa bulan, hormon dalam badan akan mengawal susu mengikut keperluan bayi. Jadi, ibu digalakkan agar kerap mengepam susu walaupun bayi tidak menyusu. Ini juga bertujuan mengelakkan payudara dari bengkak. Jangan malas pam tau, ingat demi kebaikan si manja.

Suplemen. MV faham zaman sekarang ramai ibu-ibu yang bekerjaya. Mungkin tak sempat nak sediakan milk booster tradisional. Cara mudah, amalkan suplemen. MV amalkan Set Penyusuan Shaklee yang lengkap ini terdiri daripada ;

  1. Alfalfa Complex
  2. ESP
  3. Vita-C
  4. Vita-Lea
  5. B-Complex
  6. OsteMatrix
  7. OmegaGuard

Ni adalah hasilnya yang MV perolehi setiap hari. Alhamdulillah, walaupun MV sepenuhnya housewife tapi MV tetap pam setiap 3-4 jam untuk kosongkan breast. So, ada lah stok EBM untuk baby Ayra Sofiyya.

Ini pula stok EBM dalam 30 botol juga lah. Alhamdulillah

Cara ini lebih sesuai untuk peredaran zaman sekarang. Lebih ringkas tapi selamat. Selepas mengamalkan set ini, anda akan dapati susu lebih meriah dan pekat. Susu yang pekat akan membuatkan bayi lebih kenyang, tidur lena dan tidak kembung perut.

Testimoni Ibu Yang Telah Mengamalkan Set Milk Booster Shaklee Dan Berjaya Menambah Susu Badan

Dapatkan Set Penyusuan Shaklee Untuk Tambahkan Susu Badan Sekarang!

Anda pasti tidak akan menyesal untuk menggunakan Set Penyususan Shaklee ini, kerana memang terbukti memberi nutrisi dan tenaga yang cukup untuk anda menghasilkan lebih banyak susu badan untuk si kecil kesayangan anda.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.