Bila bicara tentang lemak, pastinya ramai yang salah anggap kan? Ramai beranggapan istilah lemak ini akan menambahkan ukur lilit pinggang dan menghodohkan pandangan.

Tapi, sebenarnya tak semua lemak bersifat macam tu. Lainlah jika setiap hari kita makan burger keju dan kek cawan, sampai terpaksa beli seluar baru!.

Namun dari sudut positif, tidak semua lemak itu JAHAT. Ada lemak yang sihat yang diperlukan oleh tubuh badan untuk berfungsi dengan baik.

Apakah Asid Lemak Omega 3?

Omega 3 asid lemak adalah salah satu asid lemak poli tak tepu (PUFA’s) yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan metabolisme normal.

Apakah Perbezaan Asid Lemak Omega 3 EPA dan DHA?

Terdapat tiga jenis asid lemak yang diperlukan oleh badan manusia, asid iaitu alfa-linolenik, asid eicosapentaenoic dan asid docosahexaenoic.

Pengambilan setiap satunya adalah penting untuk gaya hidup yang sihat dan bebas penyakit.

Jom kita lihat secara terperinci.

asid-lemak-omega-3-epa-dan-dha

ALA – Alpha Linolenic Acid

Alpha Asid Linolenik boleh dipecahkan kepada 2 kategori.

  1. Sebagai sumber tenaga, 85% ALA digunakan khusus untuk menjana tenaga kepada sel-sel dan proses yang berbeza.
  2. Sebagai blok bangunan pembentukan dalaman asid lemak eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA).

EPA – Eicosapentaenoic Acid

Asid eicosapentaenoic adalah asid lemak omega 3 yang kedua penting. EPA adalah ejen anti-radang.

DHA – Docosahexanoic acid

DHA juga dikenali sebagai asid cervonic dan merupakan komponen penting bagi fungsi otak yang betul. Ia paling banyak di dalam otak dan retina.

Pendek kata, setiap Omega 3 mempunyai fungsi yang unik dan penting.

Apakah Sumber Asid lemak Omega 3?

ALA, EPA dan DHA semuanya boleh diperolehi daripada sumber makanan semula jadi.

asid-lemak-omega-3-epa-dan-dha

Kebanyakan sumber ALA terdapat di dalam minyak benih seperti minyak kacang soya dan minyak canola.

Beberapa kacang seperti kacang tanah, badam dan walnut juga adalah sumber tumbuhan yang baik

Ikan berminyak seperti ikan kod, herring, mackerel, salmon dan sardin merupakan sumber haiwan utama EPA.

Lemak ikan, minyak ikan dan mikroalga juga kaya dengan DHA. Ayam dan telur juga kaya dengan DHA, begitu juga dengan susu ibu.

Apa pentingnya Asid Lemak Omega 3 EPA dan DHA ni?

EPA boleh membantu untuk memodulasi tingkah laku dan mood.

DHA pula membantu kesihatan sebelum dan selepas bersalin bagi kedua-dua ibu dan anak, khususnya dalam perkembangan otak dan imuniti keseluruhan kedua-duanya.

Berapa Dos Asid Lemak Omega 3 EPA dan DHA yang diperlukan?

Tiada jawapan spesifik untuk soalan ini kerana keperluan omega 3 bergantung kepada saiz badan, umur, tahap kesihatan, jenis omega 3 dan banyak lagi.

asid-lemak-omega-3-epa-dan-dha

Namun, kebanyakan pakar mengesyorkan dos standard 250-500 miligram EPA dan DHA setiap hari untuk orang dewasa sihat.

Keadaan kesihatan tertentu juga menunjukkan peningkatan keperluan omega-3 lemak. Antaranya ialah:

  • Untuk kesihatan jantung, The American Heart Association mengesyorkan pesakit jantung koronari mengambil 1,000 mg EPA dan DHA setiap hari manakala mereka yang mempunyai trigliserida tinggi mungkin memerlukan 2,000 hingga 3,000 mg sehari.
  • Kemurungan: dos yang lebih tinggi omega-3, dari 200 mg ke 2500 mg setiap hari, boleh membantu mengurangkan gejala kemurungan dan kebimbangan.
  • Memori: Orang dewasa yang mengalami defisit memori disarankan mengambil 900 mg DHA setiap hari.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Apa itu Asid Lemak Omega 3 EPA dan DHA?

3 thoughts on “Apa itu Asid Lemak Omega 3 EPA dan DHA?

Comments are closed.