Amalan Menjemput Rezeki dengan Zikir Ya Wahhab

Home / Diari MommaVogue / Amalan Menjemput Rezeki dengan Zikir Ya Wahhab

Amalan Menjemput Rezeki dengan Zikir Ya Wahhab

Zikir Ya Wahhab | Dulu MV selalu baca tentang solat Dhuha, beristighfar , berzikir , bersedekah dan sebagainya dikatakan dapat menjemput rezeki. Banyaklah kisah yang dibaca bagaimana orang yang kaya berjaya mencapai kekayaan dengan tahajjud, berselawat dan sebaginya. Tetapi jarang sangat MV nak amalkan dengan istiqamah.

Sehinggalah MV ditemukan dengan bisnes Shaklee dan membaca Buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan Ustaz fathuri Salehuddin. MV beruntung sebab dapat bercakap dengannya sendiri dan beliau cakap mengamalkan Asma’ul Husna ni bukan sekadar indah dilagukan tetapi mengandungi fadhilat yang amat besar. Kita tinggal hanya memilih mana-mana nama yang mahu diamalkan.

Banyak kisah benar bagaimana dalam mencari rezeki usaha dalam bentuk amalan sunat menjadi usaha yang paling utama. Kisah dalam buku ini banyak menyedarkan MV bahawa amalan sunat seperti zikir juga dapat melapangkan rezeki.

Sejak itu MV mula amalkan Zikir Ya Wahhab pada sujud terakhir solat dhuha sebanyak 41 kali. Dan, benar MV rasai sendiri keberkesanannya. Segala pekerjaan yang MV lakukan memang lancar.

Setiap kali selepas solat sebelum berdoa MV amalkan sekurang-kurangnya 300-500x. Alhamdulillah MV pernah amalkan 41000x zikir Ya Wahhab ini dalam masa tujuh (7) hari. Memang kalau yakin dan bersangka baik dengan Allah, pertolongan itu akan datang.

Sebelum mengamalkan zikir dan amalan sunat yang lain rezeki MV sentiasa tak putus, tapi mesti cepat habis. Sekarang ni walaupun rezeki MV sekeluarga ‘sedikit’ tetapi Alhamdulillah, MV rasakan yang ianya sangat cukup, Syukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan MV dengan mereka yang berniaga dan menjaga networking dengan Allah.

Baru-baru ini keadaan memang agak sukar untuk MV dan keluarga. Bayangkan hanya suami yang bekerja dan menampung semua liability MV. Tinggal di bandaraya dengan perbelanjaan yang sangat tinggi memang pening kepala nak fikir.

Namun MV ingat pesanan ‘guru’ Shaklee, amalkan zikir ini dan ayat murah rezeki, solat sunat yang lain jangan diabaikan dan sentiasa ingat Allah pasti melapangkan segala urusan kita.

Selang beberapa hari setelah menjadi amalan dan istiqamah, MV sekeluarga diberi rezeki yang agak besar. Subhanallah, Allah Maha Memberi dan Maha Besar.  😥  😥

zikir ya wahhab

Pada 27 Ogos, suami MV dapat invitation untuk interview dari Petronas. Apa yang mengejutkan ialah suami MV tak apply pun, tapi suami MV bekerja satu floor dengan Petronas Team untuk projek Rapid, Pangerang so bos tu minta resume suami untuk satu position yang memang Petronas tengah cari candidate. Kebetulan juga memang suami MV ada experience pasal position tu. Bila dapat tawaran tu memang suami MV menangis syukur, sebab itu impiannya selama ini. Siapa sangka dalam kegawatan ekonomi negara sekarang ni, dengan recession lagi kan?. InsyaAllah jika tiada aral minggu depan boleh dapat result interview tu…

Esoknya suami MV dikhabarkan dengan berita gembira sekali lagi. Alhamdulillah, suami MV dapat email dari Citibank Malaysia yang mentioned RM4xxx telah dikreditkan ke akaun suami. Ianya daripada Sime Darby kerana menjadi introducer untuk pembelian rumah di Nilai Impian. Subhanallah. Memang speechless sangat.

zikir ya wahhab

Jom sama-sama kita amalkan…Ya Allah Ya Fattah Ya Razzaq Ya Wahhab.

Harta dan kekayaan dunia tidak akan salah sekiranya kita menggunakannya untuk jalan ke akhirat. Itulah pentingnya mengejar dunia untuk merebut saham yang banyak di akhirat.

Rebut peluang yang ada untuk kita memperbaiki diri, meningkatkan taraf hidup dan ekonomi keluarga mahupun memelihara nikmat kesihatan yang Allah berikan.

Dengan keadaan ekonomi negara kita yang tidak stabil dan penuh dengan kemungkinan, mari lah kita keluar dari kesempitan wang dan mencari sumber pendapatan tambahan.

Bisnes Shaklee adalah peluang yang terbuka luas untuk sesiapa sahaja yang RAJIN, BERSEMANGAT & YAKIN dengan rezeki Allah.

Jom membina empayar Shaklee dan membantu lebih ramai orang menambah pendapatan keluarga. Kita wajib jadi kaya supaya kita boleh banyak bersedekah, membantu lebih ramai orang yang memerlukan terutamanya ahli keluarga sendiri dan orang di sekeliling kita.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

23 Comments

Comments are closed.