Amalan Berpantang Selepas Bersalin Yang boleh dan Tidak Boleh Dilakukan

Home / Shaklee Products / Healthy Nutrition / Essential Nutrition / Alfalfa Complex / Amalan Berpantang Selepas Bersalin Yang boleh dan Tidak Boleh Dilakukan

Amalan Berpantang Selepas Bersalin

amalan berpantang selepas bersalin

Amalan Berpantang Selepas Bersalin | MV teruja nak bercerita dengan anda semua amalan berpantang ni sebab baru 2 hari lepas kawan MV selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Sebelum ni pun seminggu sebelum raya, MV terima seorang anak saudara lelaki. Turn MV pula tak tahu la bila.  😉

Selepas melahirkan pastinya keterujaan menjadi seorang ibu itu sangat tinggi. Setiap kelahiran pastinya berbeza-beza antara setiap anak. Dengan keterujaan ini sudah pasti ia akan membawa anda ke arah dua keadaan yang  berbeza. Samada anda pulang ke rumah dengan badan yang amat letih ataupun sebaliknya.

BERKAITAN : Berpantang Secara Moden

Jom MV Berkongsi Amalan Berpantang Selepas Bersalin yang boleh dan tidak boleh dilakukan untuk panduan ibu-ibu diluar sana

#1. JANGAN jadi superwoman

Jika anda seorang yang memang multitasking, sudah tiba masanya untuk melepaskan ‘title’ itu buat sementara waktu. Menjaga bayi dan mendapatkan rehat yang cukup sahaja akan membuat anda sibuk setiap hari. Biarkan suami membantu melakukan kerja-kerja rumah.

Semuanya boleh ditangguhkan KECUALI jika ia memerlukan perhatian segera. Jangan melakukan apa-apa aktiviti yang berat seperti menyapu sampah.

BERKAITANPengalaman Berpantang TANPA Jamu

#2. JANGAN pergi ke gym

Badan anda masih belum bersedia untuk senaman berimpak tinggi untuk beberapa minggu.

Walaupun kebanyakan ibu-ibu biasanya boleh bergerak bebas dalam masa dua minggu melahirkan anak, adalah lebih baik menghadkan diri kepada aktiviti berimpak rendah. Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi ramai ibu-ibu untuk melibatkan diri dalam senaman yoga semasa tempoh berpantang ini.

BERKAITAN : Komplikasi Sewaktu Berpantang

#3. Seks? TIDAK!

Selepas melahirkan anak sudah pastinya otot-otat dan urat saraf masih lagi terasa sangat sakit. Hubungan seksual perlu sebaik-baiknya hanya disambung semula selepas tempoh enam minggu jika boleh – ia yang terbaik! Ini juga memerlukan sokongan dari pihak suami.

#4. Aamalkan PEMAKANAN dan NUTRISI yang Berkhasiat

Kajian telah menunjukkan bahawa pemakanan yang baik dengan sokongan moral yang baik menghalang perubahan emosi dan dengan itu dapat mengurangkan kemurungan selepas bersalin.

#5. Minum AIR Secukupnya

Air yang cukup penting untuk mengepam keluar toksin dan membantu dalam penghadaman dan penyingkiran. Pengambilan air yang cukup juga membantu memudahkan pengeluaran susu ibu.

BERKAITANBengkak Susu Ketika Berpantang

#6. Dapatkan URUTAN selepas bersalin

Manfaat urutan adalah sepuluh kali ganda. Berurut bukan sahaja dapat membebaskan tekanan, melegakan sakit-sakit pada bahu dan leher, membantu rahim mengecut kepada saiz asal dan mengurangkan selulit tetapi ia juga membuatkan ibu terasa segar. Jika anda bersalin melalui pembedahan, boleh hadkan urutan kepada bahagian yang tertentu sahaja.

#7. Dapatkan REHAT yang secukupnya

Penyusuan akan mempengaruhi hormon badan si ibu. Kadangkala membuatkan si ibu tidak cukup rehat dan tidur. Sebab itu, bila bayi dah tidur ibu pun digalakkan untuk ‘catnapping’ untuk mengembalikan tenaga segera.

Sekiranya anda mencari Set Berpantang Shaklee. Nak ramping selepas bersalin. Nak rasa fully breastfeed. Nak rasa bertenaga sepanjang berpantang. Dan nak rasa kulit cantik gebu untuk baby dan ibu. Inilah set yang terbaik untuk anda. Sekiranya anda membuat pembeliat Set Postnatal Health, YES Wellness Pack dan mendaftar kealian, anda bakal menikmati diskaun 5% dari harga AHLI dan PERCUMA sebotol Vita-lea.

amalan berpantang selepas bersalin

Nikmati kedatangan si manja anda dan berehat dengan baik!

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

Belian terus ke laman Shaklee

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

11 Comments

Comments are closed.