Aku ni ada penyakit ‘lupa’ tapi jauh sekali jika nak disamakan dengan nyanyuk atau nama glemernya Alzheimer.

Kisah awal tahun ni. Aku LUPA TUTUP SUIS IRON

Setiap kali aku iron baju, tabiat yang sukar nak dibuang ialah aku lupa nak switch off suis. Mesti ada benda yang disibukkan hingga aku lupa nak tutup suis tu. At last, terbiar macam tu ja.

Hari permulaan anak sekolah selepas bercuti panjang hujung tahun turut mengheret hidup ibubapanya menjadi tunggang langgang (Ini spesifiknya aku lah). Pagi nak ke sekolah pagi tu lah baru nak iron baju sekolah.

Bukan tak nak uruskan awal. Namun, selepas kematian ayah suamiku 4 hari sebelumnya menjadikan hidup kami agak ‘out of contol’. Menguruskan hal kematian dan dalam masa yang sama uruskan hal hal defect rumah yang baru diduduki 19 hari yang lepas.

Memang pengurusan masa tu dah ke laut mati.

Usai si kakak dah selesai makan sarapannya, aku keluar pukul 7.10 pagi dan pulang semula ke rumah 8.30 pagi. Jarak dari rumah ke sekolah agak jauh juga. Kalau sekolah lama dulu berjalan kaki 5 minit dah sampai. Kali ni, kalau berjalan kaki mau mandi peluh keringat tulang empat kerat aku ni.

Bila dah sampai ke rumah tu, aku setlekan dulu hal kemas rumah, mendobi dan lain lain rutin surirumah berkerjaya ni.

Selepas sejam dua baru aku tergerak hati nak tengok plug iron. Arghhhh! Rupanya aku terlupa nak OFF suis iron masa gosok baju sebelum hantar anak ke sekolah.

Tak tahu nak cakap macam mana. Tergamam! Terpaku! Tersentak! Menggelabah! semuanya bercampur baur. Denyutan jantung yang tadinya perlahan kini berdenyut laju sepantas kereta F1. Habis seluruh anggota badan aku jadi menggeletar seolah olah di serang penyakit parkinson.

Marahnya kat diri sendiri! Kalau diikut akal logik manusia, mau terbakar satu rumah. Nauzubillah!

Namun, Allah Maha Pelindung. Iron tu TAK PANAS langsung, suam suam kuku saja. Aku mengucap syukur kerna tiada kemudaratan yang berlaku. Bersyukur sangat!

Aku mengadu pada suami perihal keterlupaan aku. Suamiku cuma mampu menggelengkan kepala berkali kali.

Omegaguard dan lecithin dah banyak sangat makan nih. Tapi penyakit lupa masih tak surut-surut. Mungkin kena topup dengan vivix lepas ni kot.

Kecuaian dan kelalaian yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

Tapi bila difikirkan kembali ada sebab musababnya berlaku kejadian ni. Dan, mungkin juga hikmah disebalik doa yang selalu aku amalkan setiap hari :

بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فِى اْلاَرِضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

“Artinya: Dengan menyebut nama Allah yang bersama nama-Nya sesuatu itu tidak berbahaya di bumi dan di langit. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Aku amalkan membacanya 3x selepas solat subuh dan solat asar. Paling mudah amalkan saja bacaan mathurat setiap pagi dan petang.

Aku konsisten amalkan ini selepas mendengar ceramah Dr. MAZA. Beliau berkata takdir kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepadaNya akan berlaku dengan izinNya.
.
Takdir mudarat yang membawa maksud seperti dibawah ini dapat dihindarkan dengan izin Allah:

  1.  Tidak beruntung atau jualan merugikan
  2. Tidak selamat atau membahayakan
  3. Melarat

TAKDIR BOLEH BERUBAH DENGAN DOA

Berdoalah! Kerana hidup ini sungguh ajaib dengan berdoa.

SHARE sebanyak mungkin, sebab aku taknak benda ni berlaku pada orang lain.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Ajaibnya Doa Sehingga Mampu mengubah Takdir. Maka Berdoalah!