Aduh! Sakitnya kepala.

Dulu MV kerap sangat kena sakit kepala. Kemuncaknya bila bangun pagi rasa macam nak pecah je kepala ni. Sampai rasa nak ambil hammer dan ketuk kepala ni bagi hilang rasa sakit. Dahsyat kan?

“You ni kena migrain.” Ha?! Migrain? Tak sangka betul yang MV boleh kena penyakit ni bila doktor bagitau. Mau taknya kalau dah setiap hari asyik kerja, lepas tu  menghadap bos yang selalu bagi stress. Kesudahannya, MV pula yang merana dengan migrain.

Bila Migrain Menyerang Rasa Nak Pecah Kepala!

Bila sakit je telan painkiller PONSTAN. Bayangkan dah berapa banyak simpan painkiller dalam badan. Tapi, painkiller ni hanya melegakan sakit kepala sahaja bukannya menghilangkan terus migrain tu.

Anda pun mungkin biasa menghadapi masalah seperti MV, bukan? Atau sekurang-kurangnya mendengar mereka yang berada di sekeliling ‘menjerit’ mahupun mengadu masalah yang sama?

Jangan Pandang Enteng Impak Sakit Kepala, Boleh Buat Anda Jadi Tak Tentu Hala, Lebih Dahsyat Daripada Anda Bergaduh Dengan Si Dia Tau!

Secara umumnya, anda boleh membayangkan sakit kepala atau migrain dengan cara yang berikut:

Masalah sakit kepala ni tak boleh dipandang remeh kerana ia mungkin petanda penyakit yang lebih teruk daripada sekadar sakit kepala.

Mengetahui jenis sakit kepala adalah langkah pertama dalam menghilangkan rasa sakit. Tapi, tahukah anda, berapa jenis sakit kepala yang ada?

Sakit kepala biasanya dikelaskan kepada 2 jenis utama:

Sakit kepala Prima (awal)

Sakit kepala jenis ini ialah yang biasa kita dengar iaitu sakit kepala tekanan dan migrain. Ia biasanya datang dan pergi mengikut cara rawatan yang sesuai dengan pesakit.

sakit-kepala-atau-migraine

Sakit Kepala Migrain

Sakit kepala migrain ini agak memeritkan. Kepala akan terasa berdenyut-denyut dan berlarutan selama beberapa jam atau hari. Ia lebih kerap menyerang wanita. Selalunya gejala yang digambarkan ialah penglihatan yang kabur, lampu atau cahaya kelihatan berkelip-kelip diikuti sakit kepala yang berdenyut. Biasanya di sebelah kepala sahaja.

Kebanyakan penghidap migrain juga akan mengalami muntah-muntah atau sesekali gangguan emosi (cepatmarah) dan memerlukan rehat seperti berbaring untuk mengurangkan rasa sakit.

Sakit Kepala Tekanan

Dalam dunia serba moden ini ramai yang menhgidapi sakit kepala ketegangan. Ia juga kerap dikaitkan dengan persekitaran dan juga gaya hidup. Keadaan ini walaupun tidak spesifik dimana-mana bahagian kepala, tetapi ia menyebabkan ketidakselesaan pada diri penghidap.

Lazimnya gejala yang dialami berpanjangan (berlarutan), gangguan tidur, disamping menyebabkan sakit-sakit pada bahagian leher serta kurang semangat.

Penghidap juga akan cepat marah dan tidak hanya perlu ubat tetapi juga rawatan kaunseling dan psikologi.

Sakit Kepala Berkelompok (Cluster)

Ianya jarang berlaku tetapi lebih biasa di kalangan lelaki. Biasanya berlaku sesekali atau jika lebih kerap pun, setiap hari san setiap hari selama 12 minggu sehingga tempoh kluster berakhir.

Kesakitan yang dialami biasanya di bahagian satu mata. Bahagian mata dan hidung yang sama sakit, boleh menjadi merah, bengkak dan berair. Sakit kepala kluster ini juga boleh menyebabkan kegelisahan. Biasanya kesakitan dialami untuk beberapa minit atau jam, tetapi baisanya ia berlangsung selama 45 hingga 90 minit.

Sakit Kepala Berbalik (Rebound)

Ia lebih dikenali sebagai sakit kepala ‘ubat berlebihan’ dan boleh muncul setiap hari.

ia boleh jadi disebabkan penggunaan ubat penahan sakit secara berulang kali.

Sakit kepala berbalik biasanya bermula seawal pagi. Kesakitan juga boleh berbeza-beza setiap hari.

Mereka yang menghadapii masalah ini mungkin mengalami loya, kebimbangan, cepat marah, kemurungan atau tidak dapat tidur..

Pengambilan sebarang ubatan lebih daripada 10 hari dalam sebulan dan ini boleh meletakkan anda pada risiko untuk pulih daripada sakit hanya beberapa bulan

Sakit Kepala Pertengahan (Sekunder)

Sakit kepala ini mungkin jarang berlaku tetapi ia adalah lebih serius dan boleh mengancam nyawa berbanding sakit kepala prima. Ini kerana ia boelh dikaitkan dengan ciri-ciri klinikal seperti sawan atau kelemahan pada anggota badan (lumpuh), ketidakstabilan semasa berjalan kaki, demam, kekakuan leher dan sebagainya.

Sakit seperti ini perlu dipandang serius kerana ia kerap dikaitkan dengan masalah keabnormalan saluran darah (aneurisme) atau tumor otak, jangkitan atau penyakit radang.

Punca-punca sakit kepala adalah termasuk ;

  1. Dehidrasi
  2. ketidakseimbangan hormon seperti PMS, peri-menopaus, kesan sampingan OCP atau HRT.
  3. Disfungsi hati
  4. Tekanan darah tinggi
  5. Sensitiviti makanan
  6. Jangkitan sinus, pergigian dan telinga
  7. Masalah gula dalam darah
  8. Pendedahan kepada racun kimia

Apakah ujian yang dikehendaki?

  • imbasan CAT kepala dan leher
  • ujian darah untuk memeriksa sistem, hati dan buah pinggang fungsi imun anda, tahap hormon dan kiraan darah penuh.
  • pemeriksaan fizikal am
  • Pemeriksaan dengan pakar neurologi (dalam kes-kes sakit kepala kronik yang teruk).

Jangan cuba untuk merawat sakit kepala anda sendiri dengan mengambil ubat-ubatan yang tidak dipantau pakar perubatan.

Magnesium dan Vitamin B Kompleks Penawar Sakit Kepala

Magnesium

Magnesium adalah salah satu ubat sakit kepala yang paling mujarab kerana ianya lebih selamat daripada mengambil ubat penahan sakit.

Semasa diserang migrain, kandungan magnesium didalam otak adalah rendah. Kekurangan magnesium dan migrain saling berkait, menjadikan ia satu mineral yang penting untuk penawar semula jadi migrain.

sakit-kepala-tekanan

Untuk meningkatkan pengambilan magnesium harian anda, makan lebih banyak serat. Sumber pemakanan magnesium seperti kacang, biji-bijian, biji benih, kacang dan sayur-sayuran seperti brokoli, dan sayur-sayuran berdaun. Produk tenusu, daging, coklat dan kopi juga termasuk sumber magnesium yang bagus.

Magnesium boleh menghalang gelombang isyarat otak, yang dipanggil cortical spreading depression, yang menghasilkan perubahan visual dan deria yang biasa apabila mengalami sakit kepala, terutama migrain. Magnesium boleh menyekat bahan kimia kesakitan penghantaran di dalam otak, dan ia boleh meningkatkan fungsi platelet, yang akan membantu badan anda bertindak balas kepada kecederaan dan mengelakkan pendarahan.

Vitamin B-Complex

Banyak vitamin B yang terlibat dalam pembentukan neurotransmitter seperti serotonin, yang mungkin kurang pada orang yang mengalami migrain.

Vitamin B-kompleks termasuk lapan vitamin larut air: thiamine , riboflavin , niasin, vitamin B6, folat , vitamin B12 , biotin dan asid Pantothenic .

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain.

vitamin B2 boleh mengurangkan kekerapan dan tempoh migrain, vitamin B3 menenangkan sakit kepala vaskular dengan membuka saluran darah untuk meningkatkan aliran darah.

sakit-kepala-shaklee

Sumber makanan yang mengandungi Vitamin B Complex ialah hati lembu, kekacang, ikan, telur dan produk tenusu, kekacang dan bijian, susu soya.

B Complex dan OsteMatrix Membantu Kurangkan Stress, Migraine Dan Sakit Kepala Berdenyut

Jika ditanya kami suami isteri mengamalkan B Complex dan OsteMatrix tak? Jawapannya mestilah YA dan alhamdulillah sakit kepala dan migraine semakin berkurangan, syukur sangat sebab dah 6 tahun tak makan painkiller.

B Complex adalah vitamin yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B dan baik untuk meredakan ketegangan saraf dan seterusnya boleh bantu kurangkan sakit kepala berdenyut dan sakit kepala tekanan.

B Complex membantu memastikan kami berdua bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

OsteMatrix pula bukan sekadar kalsium, tetapi lengkap dengan kandungan magnesium dan vitamin D yang membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.

Anda juga perlukan penawar untuk melegakan sakit kepala tanpa ubat? Cuba dahulu suplemen ini, pastinya akan ada perubahan yang dirasai nanti.

sakit-kepala-shaklee

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Aduh! Sakitnya Kepala Sampai Rasa Nak Ketuk dengan Hammer

3 thoughts on “Aduh! Sakitnya Kepala Sampai Rasa Nak Ketuk dengan Hammer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.