Adakah Vitamin C Bantu Kurangkan Lemak Perut?

By | November 22, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook2

Vitamin C Bantu Kurangkan Lemak Perut

Vitamin C Bantu Kurangkan Lemak Perut | Obesiti adalah salah satu penyakit yang agak sukar dibendung di negara kita. Berat badan berlebihan adalah berkaitan dengan masalah kesihatan yang serius termasuk penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan strok.

Vitamin C bukan sahaja untuk sistem imun badan, tetapi juga diperlukan untuk detoks, mengurangkan stress dan menghilangkan lemak perut.

Lemak Perut

vitamin c bantu kurangkan lemak perut

Lemak perut, atau lemak abdomen, adalah tisu lemak di sekitar atau di dalam rongga abdomen. Lemak perut diklasifikasikan kepada dua kategori. Yang pertama lemak di bawah kulit. Manakala lemak abdomen yang ditemui disekitar organ-organ dalam abdomen, termasuk usus dan hati, dipanggil “Visceral Fat”. Visceral fat berkait rapat dengan kesan-kesan kesihatan yang teruk seperti penyakit jantung, strok, kanser payudara dan kanser kolorektal. Lemak perut yang berlebihan boleh menyebabkan pengeluaran hormon lebihan yang boleh meningkatkan tekanan darah, mengubah paras kolesterol dan mengurangkan penggunaan insulin. Mengurangkan lemak perut boleh mengurangkan risiko penyakit kritikal ini.

Vitamin C, Senaman dan Kehilangan Lemak Perut

vitamin c bantu kurangkan lemak perut

Vitamin C yang rendah dikaitkan dengan berat badan meningkat dan ukuran pinggang yang lebih tinggi, EurekAlert melaporkan, pesakit dengan vitamin C yang rendah cenderung untuk mempunyai lebih banyak lemak perut walaupun berat badan menurun secara keseluruhan.

Vitamin C diperlukan untuk penghasilan molekul yang digunakan dalam pengoksidaan, atau metabolisme tisu lemak. Tanpa vitamin C yang mencukupi, badan tidak dapat menggunakan lemak yang tersimpan.

Menurut “Nutritional Metabolism”, kekurangan vitamin C membawa kepada penurunan penggunaan lemak semasa senaman. Malah semasa menjalani aktiviti yang berat, badan tidak mampu untuk memetabolismekan lemak tanpa vitamin C. Sebab itu ada sesetengah orang tidak dapat mengurangkan berat badan walaupun kerap melakukan senaman.

*Credit : Azcentral, Chicagonow, WomanTheNest

Bagaimana Vitamin C Bantu Kurangkan Lemak Perut?

vitamin c bantu kurangkan lemak perut

Vitamin C adalah vitamin larut air dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin C tidak disimpan dalam badan dan lebihannya dibuang melalui air kencing.

Badan memerlukan vitamin C untuk membaiki tisu yang rosak dan menjana semula pertumbuhan kulit, tendon, tulang, gigi dan saluran darah. Vitamin C juga sumber yang kaya dengan antioksidan untuk mencegah penyakit kanser, penyakit jantung dan artritis.

Kita memerlukan vitamin C bukan hanya sebagai pertahanan sistem imun tetapi vitamin C juga membantu untuk mengurangkan tahap kortisol dalam badan. Kortisol adalah hormon stress yang dikeluarkan oleh kelenjar adrenal apabila seseorang “stress”. Apabila kita kurang stress, tahap kortisol menjadi lebih rendah. Apabila paras kortisol lebih rendah, badan kurang menyimpan belly fat! Oleh sebab itu, anda perlu mengamalkan makanan yang kaya dengan vitamin C dan boleh mengurangkan lemak perut dengan berkesan.

Vitamin C adalah salah satu makanan tambahan yang paling banyak digunakan hari ini dan antara yang paling MV gemari ialah Sustained Release Vita-C Plus™.

vitamin c bantu kurangkan lemak perut

Anda boleh dapatkan penjimatan dengan pembelian Sustained Release Vita-C Plus™. Promosi Buy 6 get 7 dan juga Buy 2 get 5% off sepanjang bulan November ini.

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

10 thoughts on “Adakah Vitamin C Bantu Kurangkan Lemak Perut?

  1. nur razali

    Menarik info nih baru nur tau boleh kurangkan asid lemak dalam perut..selama nih duk pulun makan je vitamin c shaklee setiap hari 😉 ada manfaat lain rupenye selain tingkatkan imun dan kulit lebih cantik…
    nur razali recently posted…Promosi Akhir Tahun Shaklee 2015My Profile

Comments are closed.