Cacing Punca Anak Kurang Zat

Cacing Punca Anak Kurang Zat | Rasanya last kita makan ubat cacing masa kecil dulu kan? Agak-agak dah dewasa ni ada ambil lagi ke tak? MV pun tak pernah ambil dah since dewasa ni. Since, ramai yang share tentang ‘parasit’ dan cacing, so MV pun nak berkongsi maklumat juga la. Kalau ada haiwan pelihraan di rumah macam kucing pastinya mereka lagi kerap makan ubat cacing berbanding kita kan?  😛

Lazimnya kanak-kanak lebih kerap mendapat jangkitan cacing berbanding orang dewasa, kenapa ya?. Cuba kita lihat, kanak-kanak mudah dijangkiti cacing kerana tabiat suka menghisap jari, suka mengutip, kadang-kadang makan tanah, suka bermain lumpur dan kotoran, tidak pakai kasut keluar rumah dan adakalanya kurang menjaga kebersihan tangan selepas keluar tandas.

Cacing yang paling kerap menyerang manusia ialah cacing benang, cacing gelang dan cacing kerawit.

Benarkah cacing punca anak kurang zat?

Cacing benang – telur cacing yang terlekat pada minuman, makanan dan tangan akan masuk ke dalam badan. Kemudian ia akan menetas di usus kecil. Lavanya akan hidup dibahagian usus bawah rektum hingga menjadi cacing dewasa. Pada waktu malam, cacing betina akan keluar melalui dubur. Di situlah ia bertelur dengan banyak dan kemudian mati.

Seringkali kita melihat anak-anak mengalami kegatalan di bahagian dubur di waktu malam kan? Kanak-kanak perempuan juga akan mengalami ketagalan pada kemaluannya.

Cacing ini berjangkit apabila anak kita menggaru duburnya dan melekat kepada kuku yang seterusnya disebarkan melalui udara kepada kawan-kawan sekitarnya.

Cacing gelang – masuk ke dalam badan kanak-kanak melalui sayuran atau buah-buahan yang ditanam. Biasanya telur cacing melekat disitu.

Apabila kanak-kanak makan sayuran atau buahan yang tidak dicuci dengan sempurna makan ia akan ikut sekali masuk ke dalam usus. Disitu telur menetas dan menjadi larva. Kemudian, cacing dewasa betina boleh hidup selama setahun atau lebih dan akan bertelur di usus kecil. Telur itu akan dikembalikan melalui najis manusia.

Sukar untuk melihat tanda awal diserang oleh cacing gelang ini. Apabila keadaan sudah menjadi kronik, ia akan mengakibatkan sesak nafas, batuk kering, muntah, loya dan sakit perut.

Cacing kerawit – Telurnya disebar melalui najis kanak-kanak yang diserang cacing kerawit. Kemudian telur itu akan bertukar menjadi larva dan masuk ke dalam badan anak melalui kulit.

Apabila sudah masuk melalui kulit, ia akan mengikut aliran darah hingga ke paru-paru. Apabila terbatuk atau menelan kahak, larva terus masuk ek usus. Disitu, ia akan melekat pada dinding usus sehingga dewasa. Cacing kerawit betina akan bertelur dan dikeluarkan semula melalui najis untuk membiak di dalam badan orang lain pula.

Dalam masa dua minggu, cacing kerawit akan sampai ke usus dan menyebabkan hilang selera makan, cirit birit dan sakit perut.

Apa Langkah Berwaspada yang perlu diambil?

  • Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing.
  • Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah.
  • Potong kuku pendek.
  • Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging.
  • Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah.
  • Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka.
  • Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
  • Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar.
  • Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Perlukah Ubat Cacing untuk Kanak-Kanak?

Menurut Dr Zubaidi, ubat cacing perlu diberikan kepada dalam jarak antara enam bulan hingga setahun sekali. Deworming secara berkala juga akan membantu mengeluarkan cacing dari susu kanak-kanak yang dijangkiti.

Ubat cacing boleh diberi enam bulan sekali dengan sukatan dos 200 miligram untuk kanak-kanak bawah dua tahun, manakala 400 miligram untuk kanak-kanak berusia dua tahun ke atas.

Ada 2 jenis ubat cacing

Cacing Punca Anak Kurang Zat

  1. Albendazole/mebendazole. Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan kemudiannya mati.
  2. Pirantel Pamoate. Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan dan kualiti hidup.

Perlu diingatkan, ubat cacing bukan sahaja perlu diberi kepada kanak-kanak sahaja tetapi ibu bapa juga perlu mengambilnya, malah jika ada membela haiwan peliharaan seperti kucing, haiwan tersebut perlu sentiasa dalam keadaan bersih terutama di bahagian tapak kaki dan badan serta turut diberi ubat cacing.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Benarkah Cacing Punca Anak Kurang Zat?

14 thoughts on “Benarkah Cacing Punca Anak Kurang Zat?

Comments are closed.