18
- December
2017
Posted By : noriza rahman
5 Sebab Kenapa Susahnya Nak Hilangkan Jeragat, Oh Stress!

Kenapa ada jeragat di muka? Itu tanda-tandanya sudah berlaku kerosakan pada kulit kita. Salah satu punca yang MV tahu sebab kulit yang terdedah terlalu lama pada cahaya matahari akan mempunyai masalah jeragat ini.

5 SEBAB KENAPA JERAGAT SUSAH HILANG

TAK FAHAM PUNCA – orang yang kerjanya sebagai tukang masak di dapur juga akan ada masalah jeragat yang teruk kerana haba daripada api dapur juga adalah salah satu punca jeragat.

HORMON TAK SEIMBANG – antara tanda mudah untuk kita ketahui samada hormon seimbang atau tidak, perhatikan kitaran haid anda. Adakah kitaran haid anda teratur atau tidak? Jika tidak, ia juga boleh memberi kesan kepada kesihatan & kecantikan kulit termasuk jeragat.

SALAH PILIH PRODUK – ramai orang yang nak hilangkan jeragat akan memilih produk atau kaedah peeling (pengelupasan) sedangkan ini adalah teknik yang salah kerana ia hanya akan membuang lapisan atas kulit saja. Jeragat sebenarnya terhasil dari lapisan dalaman kulit.

HANYA FOKUS KEPADA NAK PUTIH – memutihkan kulit bukan jawapan kepada masalah jeragat. Kulit yang terlalu putih juga akan kurang pertahanan terhadap sinar UV dan ini akan menjadikan kulit kita lebih terdedah kepada risiko jeragat yang baru. Tambahan pula produk pemutih biasanya mengandungi bahan kimia yang mungkin boleh membahayakan kesihatan.

MENGABAIKAN PUNCA UTAMA – sinar UV adalah salah satu punca utama jeragat. Untuk melindungi kulit daripada kesan sinar UV ini, pemakaian sunblock dengan SPF tertentu adalah wajib. Ini selalu diabaikan dan diambil mudah oleh ramai wanita sedangkan mereka mahu kulit yang bebas jeragat.

PUNCA JERAGAT

Jeragat terhasil daripada kesan pigmentasi kulit oleh melanin. Melanin dihasilkan pada basal layer epidermis oleh sel yang diberi nama melanocytes.

Fungsi melanin ni sebenarnya adalah untuk melindungi kulit kita daripada radiasi matahari. Semakin gelap kulit kita, semakin kurang kulit kita untuk menyerap kesan radiasi merbahaya UV.

Dalam erti kata mudah, melanin ini sebenarnya dihasilkan untuk melindungi kita. Bagus kan?

Melanocytes dirangsang oleh radiasi UV untuk menghasilkan melanin. Secara idealnya, melanin ini mula timbul secara rata.

Tetapi, melanocyte juga menghasilkan melanin yang tertumpu kepada lapisan kulit yang menyebabkan kulit anda nampak macam tompok jeragat yang menebal.

Simptom ini agak biasa pada kulit yang matang yang telah terdedah kepada sinar UV setelah sekian lama.

Tambah-tambah pula kita di Malaysia ni, memang panas dan cahaya matahari memancar-mancar hampir sepanjang tahun kan?

Jeragat ini makin lama makin membesar dan merebak sebab kita asyik terdedah dekat matahari. Kulit pun terdedah kepada udara yang tercemar, radikal bebas dan stress. Dan ini memburukkan lagi keadaan kulit anda.

Anda juga mengalami masalah ni kan?

Macam mana nak kurangkan penghasilan melanin ni?

PENGHALANG JERAGAT PALING TEPAT

Mengikut sains, Polyphenols & Flavonoids terbukti dapat menghalang penghasilan tyrosinase enzyme.

Apa kaitan tyrosinase enzyme dengan jeragat?

Tyrosinase enzyme adalah enzim yang yang bertanggungjawab menghasilkan melanin.

Dengan kata mudah.. kurangkan tyrosinase enzyme, melanin akan berkurang. Apabila melanin berkurang, jeragat juga kurang terhasil.

Di mana nak dapatkan Polyphenols & Flavonoids ni? => Vivix adalah suplemen yang paling tepat.

Hilangkan Jeragat Degil Dengan Cepat Dan Berkesan dengan vivix

Vivix mengandungi ramuan botanikal eksklusif Shaklee yang terdiri daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan Polifenol.

Polifenol ialah molekul tumbuhan yang mengandungi antioksidan yang juga untuk mencegah atau memperlahankan kerosakan sel.

Namun begitu, melanin masih diperlukan untuk melindungi kulit kita dari sinaran UV merbahaya.

Sekarang anda dah faham bagaimana jeragat terhasil kan?

Kenapa produk-produk yang anda pakai sebelum ini tidak memberikan hasil yang anda inginkan?

Kerana ia bertindak secara luaran sahaja.

Melanin yang mula timbul di permukaan kulit itu sahaja yang di buang atau dihakis.

Sedangkan setelah anda baca penerangan saya ini, anda tahu yang melanin dan jeragat ini, terhasil di dalam sel kulit oleh melanocytes.

Sebab itu lah pentingnya menggunakan produk yang kita tahu asal usul. Tahu apa kajian yang dibuat.

Bukan main hentam pakai je tau.

Lepas tu terus nak cantik. Nak cepat pulak tu… tak boleh laaa

Anda kena tahu apa masalah anda, kena tahu juga apakah punca dan faktor penyebabnya dan macam mana nak rawat dengan betul.

Sekarang anda dah tahu jeragat kenapa jeragat susah hilang dan dah dapat jawapan yang tepat untuk atasi masalah tu? Jom kembalikan semula seri wajah dengan Vivix.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Comments

Comments are closed.