5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating

By | April 23, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook0

5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating | Alhamdulillah, berjaya juga MV mengharungi 5 hari cabaran detoks bersama #gengJDECanggun dan #jomdetoxshakleeways. Mula-mula nak start tu memang macam-macam alasan ada, takut tak sempatla, takut nanti makanan tak sedap la..

Bagi MV la, kalau tak mencuba takkan tahu apa keputusannya, dan juga takkan tahu apa kebaikan detoks ni kepada badan MV sendiri. Sebelum ni memang la amalkan makan vitamin suplemen Shaklee ni setiap hari, namun cara pemakanan tu sangat TIDAK menepati cara yang betul. Asal boleh masuk anak tekak ja MV makan.

Tapi setelah di guide oleh kak cun Tuty Rahiza, memang terasa oh bagusnya makan macam ni, masak cara macam ni, dan makan pula tu sampai 6 kali sehari. Penat tau MV sebab nak kena makan sampai 6 kali ni. hehe

Tak Sangka 5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating

Hari pertama tu memang kami wajib timbang berat badan masing-masing dengan ukur lilit semua. Sebab, kita nak tahu apa kesan setelah kita selepas mengharungi cabaran 21 hari cabaran detoks Shaklee dan Clean Eating ni.

Senamancircuit training setiap Isnin, Rabu dan Jumaat wajib dihabiskan. Kalau siapa yang nak mengelat tu memang rugi la kan. Coach memang tak rugi apa pun. MV buat memang sampai kejang kejung habis betis dan paha ni. Mau taknya urat dah keras dan bersipul-simpul kot..

Selama seminggu ni pula, MV menjalani ibadah puasa sunat sempena bulan Rejab. So, sesambil kita detoks dengan vitamin dan makanan eat clean ni puasa pun bagus juga untuk metabolisma badan kan?

5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating

MV hanya amalkan vitamin detoks DTX Complex, Alfalfa Complex dan Herb-lax sepanjang 21 hari ni. Wajib selfie tau, jadi MV pun terpaksa la ambik juga gambar. Nampak tak betapa tembamnya wajahku walaupun berat badan adalah dalam range BMI yang normal. So, kita kuruskan bahagian muka saja la yea 😎

5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating

Inilah rupa 3 vitamin detoks yang MV amalkan

Nak tengok tak apa yang MV makan sepanjang minggu ni? Walaupun berpuasa tapi bes sangat sebab bersahur dan berbuka makanan semua sedap. Yang penting NO garam, NO gula, NO msg dalam masakan. Yeah!

5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating

Ini hidangan yang MV makan selama 5 hari eat clean

 Memang sepanjang ikut program clean eating ni perut diajar untuk bagi ‘saka’ makan. So, lepas saka tu dah dapat makan makanya MV takkan merapu lagi nak makan jajan atau apa-apa makanan yang tak menyumbang ke arah kesihatan badan MV. Best kan?

5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating

Jom nyahkan toksin dan singkirkan semua toksin dengan mulakan detoks hari ini dan beralih kepada cara memasak yang lebih sihat. Bila kita start berpuasa nanti pun badan dah ready dan senang melakukan ibadan sebab badan dah sihat dan ringan.

esell-shaklee-logo-500x351

16 thoughts on “5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating

Comments are closed.