Setiap tahun, semakin bertambah individu yang mengalami masalah berkaitan kegagalan buah pinggang. Terdapat dua jenis kegagalan buah pinggang.

Penyakit buah pinggang kronik juga dikenali sebagai kegagalan buah pinggang kronik di mana seseorang itu kehilangan fungsi buah pinggang.

Ujian untuk penyakit buah pinggang kronik (CKD)

CKD boleh didiagnosis menggunakan ujian darah dan air kencing. Ujian ini digunakan untuk melihat tahap bahan-bahan tertentu yang tinggi dalam darah dan air kencing yang menunjukkan tanda bahawa buah pinggang anda tidak berfungsi dengan betul.

Apakah Kadar Penapisan Glomerular (GFR)?

peringkat-peringkat-penyakit-buah-pinggang-kronik

Tahap-tahap penyakit buah pinggang kronik adalah ditentukan oleh kadar penapisan glomerular. Penapisan glomerular adalah proses di mana buah pinggang menapis darah, membuang sisa dan cecair berlebihan.

Kadar penapisan glomerular (GFR) adalah ujian terbaik yang menentukan sejauh mana darah ditapis oleh buah pinggang. Ia adalah salah satu cara untuk mengukur fungsi buah pinggang dan menentukan peringkat penyakit buah pinggang kronik itu.

Doktor boleh mengira GFR dari keputusan ujian kreatinin darah, umur, saiz badan dan jantina setiap individu. GFR anda memberitahu doktor peringkat penyakit buah pinggang kronik dan membantu doktor merancang rawatan untuk anda.

Jika results GFR anda rendah, buah pinggang anda tidak berfungsi dan juga sebaliknya. Penyakit buah pinggang yang dikesan lebih awal, mempunyai peluang lebih baik untuk memperlahankan atau menghentikan pergerakannya.

Apakah Fasa Peringkat Penyakit buah pinggang kronik (CKD)?

GFR

  1. Peringkat 1: Untuk peringkat pertama, terdapat kerosakan buah pinggang dengan normal atau kadar penapisan glomerular lebih tinggi. Seseorang yang disahkan fas peringkat 1 akan menjalani diagnosis dan pengurangan risiko rawatan untuk penyakit kardiovaskular.
  2. Peringkat 2: Untuk peringkat ini, terdapat kerosakan buah pinggang dengan GFR rendah.
  3. Peringkat 3: Peringkat seterusnya mempamerkan GFR yang sederhana rendah di mana doktor akan membuat penilaian yang diperlukan dan merawat komplikasi.
  4. Peringkat 4: Seseorang yang menghidap penyakit buah pinggang kronik peringkat ini akan mempamerkan penurunan besar dalam GFR.
  5. Peringkat 5: Peringkat terakhir adalah di mana orang yang mengalami kegagalan buah pinggang. Pada peringkat ini, anda perlu menjalani terapi penggantian. Samada anda akan menjalani dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Apa yang berlaku jika keputusan ujian anda menunjukkan anda mungkin mempunyai penyakit buah pinggang kronik?

  1. GFR bawah 60 selama tiga bulan atau lebih atau GFR atas 60 dengan kerosakan buah pinggang (ditandai dengan tahap albumin dalam air kencing anda) menunjukkan penyakit buah pinggang kronik.
  2. Biasanya, ujian air kencing yang ringkas juga akan dilakukan untuk mengesan darah atau albumin (sejenis protein) dalam air kencing. Apabila albumin dikenalpasti ada didalam air kencing anda, ia dipanggil albuminuria . Darah atau protein dalam air kencing boleh menjadi tanda awal penyakit buah pinggang.
  3. Individu yang mempunyai jumlah albumin yang tinggi dalam air kencing, berada pada risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang kronik yang menjurus kepada kegagalan buah pinggang.

Jika perlu, doktor juga mungkin mencadangkan ujian lanjut seperti:

ujian biopsi

  • Ujian pengimejan seperti ultrasound atau CT scan untuk mendapatkan gambar buah pinggang dan saluran kencing.
  • biopsi buah pinggang, yang dilakukan dalam beberapa kes untuk memeriksa jenis penyakit buah pinggang, dan melihat berapa banyak kerosakan buah pinggang telah berlaku dan menetukan rawatan bantuan.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

5 Fasa Peringkat Penyakit Buah Pinggang Kronik

13 thoughts on “5 Fasa Peringkat Penyakit Buah Pinggang Kronik

Comments are closed.