Alhamdulillah, hari ni my baby bump dah masuk 30th weeks. Tapi kerap mengeras. Masa first and second baby dulu tak rasa macam ni. Kali ni macam terlampau awal pula. Adakah sebab baby boy? MV pun tak pasti sebab tak tahu jantina baby ni.

Tak tahu la samada baby tengah mengeliat ke apa. Kalau dia start mengeras, mula rasa sakit di bahagian uterus. Bila perut mengeras, mulalah tak boleh bernafas dibuatnya dan kalau tengah berjalan terpaksa berpaut pada dinding.

Bila berjalan or berdiri jer mesti perut ni akan start mengeras. Suruh suami pegang perut pun dia cakap keras.

Baby pulak dah makin aktif. Selalu dia aktif, Macam 24 jam dia gerak. Masa tidur mengiring ke kanan tak selesa, mengiring ke kiri pun tak selesa. Sebab dia asyik tendang ja. Last-last terpaksa tidur terlentang.

Nak tau cara tidur yang betul semasa hamil..klik disini.

Bila jadi macam nie, MV google juga tanda-tanda nak bersalin dan kenapa perut selalu mengeras dalam usia kandungan 28 hingga 40 weeks. So bila keadaaan seperti ini berlaku kemungkinan berlaku Braxton Hicks atau kontraksi ringan.

For those yang tak tak tau apa benda Braxton Hicks tu, dia kira macam false alarm. Ni semua berlaku sebab badan kita mula buat persediaan untuk proses bersalin. Padahal lambat lagi nak bersalin.

Braxton Hicks adalah proses pengecutan otot uterus dimana si ibu akan merasakan perut mengeras. Ia boleh berlaku seawal pertengahan kehamilan hingga fasa akhir. Walaubagaimanapun kontraksi Braxton Hicks tidak mempunyai ritma pengerasan yang teratur. Kadangkala terjadi sewaktu berdiri, apabila ibu menukar posisi, kontraksi Braxton Hicks tadi akan berhenti serta merta. Kebanyakkan doktor percaya kontraksi Braxton Hicks ini lebih kepada ‘latihan’ yang mungkin menjadi petanda uterus anda sedang melatih otot peranakan.

Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung :

  1. Bayi bergerak dengan aktif
  2. Ibu sangat aktif
  3. Semasa senaman atau membawa barang berat
  4. Perut penuh
  5. Mengurut perut
  6. Semasa atau selepas hubungan seks
  7. Dehidrasi

Cara menangani perut mengeras semasa hamil

  1. Tukar aktiviti atau posisi
  2. Berehat lebih lama
  3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
  4. Buang air kecil dengan kerap
  5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
  6. Usap perut perlahan-lahan

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

30th Weeks and Braxton Hicks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.