21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating | Hari ni bermula la cabaran MV bersama group Jom detoks Eat Clean bergurukan kak Cun Tuty Rahiza.

3 perkara ditekankan dalam 21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating ni:

  1. Detoks dengan suplemen Shaklee
  2. Makan sedap-sedap sebanyak 6 kali sehari dengan menu Eat Clean.
  3. Bersenam setiap hari.

Sebenarnya kak cun Tuty ni adalah anak didik dari program Eat Clean Cikgu Yun. Kalau nak tahu siapa beliau sila terjah IG @heyitsyunyun ya.

21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating

MV sangat kagum dengan semangat beliau yang dahulunya 120 kg, kini turun berat sebanyak 40 kg dalam masa setahun setengah. Dan beliau masih lagi terus bersemangat menurunkan berat badan beliau sebanyak 20 kg. Hebat!!!

21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating

Ini la coach MV, kak cun Tuty yang pada asalnya 82kg berat selepas bersalin dan beliau bermula pada 78kg untuk batch 8 (bulan Disember) dan berakhir pada 73kg ( Januari) untuk batch 9. Now, dah mencecah ke nombor 69kg dengan mengikuti program Eat Clean ni. Best kan dapat turunkan berat badan dengan clean eating ni?

Siapa cakap nak KURUS terpaksa BERLAPAR?  😎

Portion pinggan 21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating ni macam mana ya?

Sepanjang 21 hari cabaran ni, MV perlu mengisi pinggan secara sihat dengan ;

21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating

  • 1/2 Sayuran bukan berkanji
    Separuh pinggan kita diisi dengan sayur-sayuran nonstarchy, seperti brokoli, kubis, lobak merah, kubis bunga, kacang hijau, salad, dan zucchini.
  • 1/4 Makanan bijirin
    Satu perempat daripada pinggan kita pula diisi dengan gandum atau makanan bijirin, seperti beras perang, kacang hijau, kentang manis, dan roti gandum.
  • 1/4 Protein Lean
    Baki satu perempat daripada pinggan kita pula dengan makanan protein tanpa lemak, seperti ikan, ayam, telur, dan daging tanpa lemak atau produk soya seperti tauhu.
  • Buah-buahan dan / atau Minuman tenusu
    Hidangan buah-buahan, seperti epal kecil, atau satu hidangan tenusu rendah lemak, seperti yogurt tanpa lemak, atau kedua-duanya sebagai pelan sampingan dibolehkan dalam program ni.
  • Lemak sihat
    Kalau nak memasak, disarankan menggunakan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam kuantiti 2 sudu besar sahaja.
  • Air sebanyak 3 liter sehari amat digalakkan. Dan, kalau nak sedap minum air disarankan sediakan air teh hijau atau air infused lemon. Di Shaklee ada cinch tea mix, so lebih senang la nak lengkapkan air 3 liter sehari tu.

Selain Makan Dengan Menu Yang Ditetapkan selama 21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating ni, Perlu Ke Suplemen?

21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating

Agen detoks Shaklee yang terkenal ialah Alfalfa Complex, DTX Complex, Herb-lax, Peppermint-Ginger Plus dan Vivix. Semua produk ini sangat membantu menyingkirkan toksin daripada salur darah, usus dan hati kita.

Paling minimum suplemen apa yang diperlukan?

Sepanjang cabaran ni, MV diwajibkan ada sekurang-kurangnya 3 item dari produk detoks Shaklee. Sebab itu group ini dinamakan #gengJDECanggun singakatan Jom Detox Eat Clean The Shaklee Ways.

MV ambil yang paling minimun iaitu Herb-Lax , DTX Complex dan Alfalfa

37 tahun dah MV hidup, jadi MV menyahut seruan DETOX inni supaya hidup lebih sihat untuk 30 tahun akan datang, insyaAllah.

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating

25 thoughts on “21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating

Comments are closed.